Tuesday, March 15, 2011

Kegelisahan nuklear dan hujan asid

Memang kita suka gusar dengan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan. Kita juga tidak mahu kawan-kawan kita, saudara mara, dan kenalan mengalami perkara yang kita juga tidak mahu alami. Maka kita akan menyebarluas berita-berita yang kita terima kepada rakan-rakan dengan niat murni itu.
Kejadian yang berlaku di logi nuklear Fukushima yang dilanda gempa bumi dan tsunami juga menjadi bahan sebaran; dan berita itu tidaklah benar dari segi fakta mahupun dari segi kejadian yang berlaku. Mungkin ada yang menerima pesanan ringkas berikut:

A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains 2moro or later, don't go outside, be sure that u have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch u. You may burn your skin, lose ur hair or hv cancer. Please pass, stay safe and remind everyone u know.

Pertama sekali, hujan asid tidak disebabkan oleh logi nuklear. Logi arang batu lebih berpotensi sebagai punca hujan asid kerana kandungan sulfur dalam arang batu yang dibakar.

Kedua, memang bolehlah secara kasarnya dikatakan bahawa logi nuklear itu meletup. Ini kerana Logi merujuk kepada keseluruhan kompleks termasuk bangunan, reaktor nuklear itu sendiri, sistem penjana kuasa, dan sebagainya. Namun dalam kes ini, reaktor nuklear itu sendiri tidak meletup. Yang meletup ialah bangunan reaktor akibat tekanan yang meningkat.

Ketiga, tentulah tempat yang diberi nama Fukumi yang terdapat dalam SMS itu juga tidak wujud, dan ini mungkin disebabkan kesilapan semasa menaip.

1 comment:

  1. i see..tak patut betul sape yang sebarkan khabar yg tak betul kan..macam mana lah malaysia nak maju asyik dengar khabar angin je..patutnya kenelah bertanya pada yg pakar sebelum percaya bulat-bulat sms tu..
    anyway, tq for the info..

    ReplyDelete